MENJADIKAN SUSUR FLYOVER STESEN KOMUTER SUNGAI BULOH SEBAGAI SIMPANG PATAH BALIK KE KUALA SELANGOR

14) MENJADIKAN SUSUR FLYOVER STESEN KOMUTER SUNGAI BULOH SEBAGAI SIMPANG PATAH BALIK KE KUALA SELANGOR

Tahun:

Sesi:

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Mohd Khairuddin Bin Othman

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Bilakah JKR Petaling dapat menjadikan jalan susur flyover berhampiran Sekolah Tamil Saraswathy sebagai simpang lampu isyarat untuk berpatah balik ke Kuala Selangor

    Jalan tersebut adalah jalan persekutuan FT15 di bawah penyelenggaraan JKR Daerah Gombak. Persimpangan tersebut akan dikaji bagi menentukan keperluan pusingan-U dan kos naiktaraf persimpangan akan dikemukakan ke Ibu Pejabat JKR Malaysia sekiranya terdapat keperluan.

    Walaubagaimanapun, ketika ini pengguna jalan raya dari arah Kuala Selangor boleh membuat pusingan-U di persimpangan Sri Damansara.

     

     

Lampiran

Tiada Lampiran.