Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015

87) MENTERI BESAR INCORPORATED (MBI)

Tahun: 2015

Sesi: 1

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Adakah MBI akan menjalani penstrukturan semula subsidiari-subdiarinya? Sila bekalkan rancangan masa depan MBI dengan terperinci.

    MBI telah diberi mandat untuk mengkaji aktiviti dan peranan setiap anak-anak syarikat milik Kerajaan Negeri dalam bidang perniagaan, dengan matlamat untuk mewujudkan nilai tambah yang berterusan melalui penstrukturan semula atau rasionalisasi aset perniagaan milik Kerajaan Negeri.

    Proses ini masih di peringkat awal di mana dan status proses penstrukturan semula ini akan dihebahkan kepada semua pihak-pihak berkepentingan dalam masa terdekat.

Lampiran

Tiada Lampiran.