Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015

195) MENTERI BESAR INCORPORATED (MBI)

Tahun: 2015

Sesi: 1

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Senaraikan semua ahli lembaga pengarah dan pegawai MBI.

    • Senarai Ahli Lembaga Pengarah MBI adalah seperti berikut:-
    1. YAB Tuan Mohamed Azmin Bin Ali;
    2. YB Dato’ Mohammed Khusrin Bin Haji Munawi;
    3. YB Dato’ Noordin Bin Sulaiman.
    • Untuk makluman, MBI pada ketika ini menggunakan Carta Organisasi sepertimana yang diamalkan oleh Syarikat Korporat yang lain. MBI mempunyai seorang Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan seorang Ketua Pegawai Operasi (COO). Tanggungjawab kedua-dua mereka adalah memastikan MBI mendapat manfaat kewangan dan strategik yang terbaik serta berpandukan tadbir urus korporat yang telah ditetapkan. Selaras dengan usaha ini, CEO dan COO disokong oleh bahagian-bahagian di dalam MBI seperti Jabatan Audit Dalaman, Jabatan Kewangan Jabatan Undang-undang , Jabatan Pelaburan dan Jabatan Pentadbiran.

Lampiran

Tiada Lampiran.