Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

01 Ogos 2016 - 02 Ogos 2016

87) MENUKAR STATUS TANAH DI KAWASAN HUTAN SIMPAN

Tahun: 2016

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah pendirian kerajaan terhadap nasib dan hak 50 orang penduduk Kg Kemensah yang telah mengusahakan lebih dari 30 tahun kawasan tanah seluas 100 ekar yang pada asalnya adalah Tanah Rizab Melayu Sg Telaga tetapi pada 15 Januari 2015 telah diwartakan sebagai Hutan Simpan Ulu Gombak (Tambahan)?

    Pewartaan Hutan Simpan Ulu Gombak (Tambahan) telah dibuat pada 18 Januari 2010 dengan nombor warta 401 yang sebenarnya melibatkan kawasan seluas 114.48 hektar. Buat masa ini, pendirian Kerajaan Negeri adalah untuk terus mengekalkan status kawasan tersebut sebagai kawasan Hutan Simpanan Kekal (HSK).

Lampiran

Tiada Lampiran.