Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013

187) MENYEMARAKKAN KEGIATAN BELIA BERWAWASAN DAN MAJU

Tahun: 2013

Sesi: 3

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Tuan Hasbullah Bin Mohd Ridzwan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah inisiatif dan insentif pihak kerajaan negeri Selangor bagi belia berwawasan dan maju di negeri Selangor?

    Kerajaan Negeri Selangor menitikberatkan  aspek  pembangunan  belia  dalam usaha untuk melahirkan golongan belia berwawasan dan maju di Negeri Selangor. Dengan itu, pelbagai inisiatif telah diambil seperti mewujudkan pendidikan bagi memastikan golongan belia mendapat pendidikan yang sewajarnya dari peringkat permulaan sehingga ke peringkat tertinggi. Ini merupakan titik permulaan dalam usaha kerajaan untuk menyediakan peluang pekerjaan kepada golongan belia di negeri Selangor. Di samping itu juga, kerajaan berusaha menyediakan latihan dan kursus terutamanya dalam bidang keusahawanan yang dapat melatih golongan belia untuk berkecimpung dalam bidang perniagaan keusahawanan.

    Seterusnya Kerajaan negeri Selangor juga telah memberi insentif kepada golongan belia sebagai penghargaan kepada mereka di atas usaha-usaha yang telah dilakukan untuk membantu Kerajaan Negeri sebagai contoh Anugerah Belia Tolak Rasuah, Anugerah PBT Terbaik, Tokoh Belia Negeri Selangor dan Tokoh Beliawanis Negeri Selangor telah diberikan kepada belia yang telah menunjukkan prestasi yang cemerlang terutamanya dari aspek kepimpinan.

     

    Di samping itu, Kerajaan Negeri Selangor turut memberi anugerah kepada atlet- atlet yang telah mengharumkan nama negeri Selangor dalam bidang sukan seperti Anugerah Olahragawan, Anugerah Olahragawati, Anugerah Olahragawan Harapan, Anugerah Olahragawati Harapan dan Anugerah Khas.

Lampiran

Tiada Lampiran.