MERAKYATKAN EKONOMI SELANGOR

115) MERAKYATKAN EKONOMI SELANGOR

Tahun:

Sesi:

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah penerima program dan projek MES mengikut DUN di Selangor 2008 Ð 2013?

    Jumlah penerima program dan projek Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri adalah berjumlah 1,748,599 orang penerima. Kerajaan Negeri telah membelanjakan sebanyak RM1,044,511,142.86 bagi tujuan tersebut bermula dari tahun 2008 hingga 2013. Statistik jumlah penerima manfaat dan perbelanjaan mengikut jenis MES adalah seperti yang dilampirkan dan Kerajaan Negeri juga menyediakan portal khas iaitu mes.selangor.gov.my yang mengandungi butiran lengkap seperti yang dikehendaki dan dikemaskini oleh agensi pengendali program mengikut setiap program MES.

Lampiran

Tiada Lampiran.