Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

19 November hingga 23 November 2012 dan 26 November hingga 30 November 2012

3) MERAKYATKAN EKONOMI SELANGOR

Tahun: 2012

Sesi: 3

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan perbelanjaan bagi program-program dalam Merakyatkan Ekonomi Selangor berkaitan SMUE, TAWAS, Hadiah masuk Universiti/Kolej, dll, termasuk kos pengurusan.

    Sehingga bulan Oktober 2012, sebanyak RM84,551,500.00 telah dibelanjakan untuk rakyat Selangor melalui manfaat Skim Mesra Usia Emas (SMUE). Sementara kos pengurusannya adalah RM 2.3 juta.

    Untuk Skim Kesihatan Wanita, sejumlah RM1,605,910.00 telah dibelanjakan bagi memastikan sasaran 1 juta wanita Selangor sihat melalui program MammoSel dapat dicapai. Jumlah tersebut termasuk kos pengurusan program.

    Bagi Pusat Dialisis Rakyat, ia tidak melibatkan sebarang kos daripada Kerajaan Negeri Selangor.

    Sementara bagi Skim Bantuan Asuhan Rakyat (SiKembar) pula, sejumlah RM157,308.89 telah dibelanjakan termasuk kos pengurusan sehingga Oktober 2012.

    Skim TUNAS pula sehingga Oktober, sebanyak RM182,446.19 telah dibelanjakan termasuk kos pengurusan program.

    Kos operasi untuk projek TAWAS sejak awal projek pada tahun 2009 sehingga 02hb November 2012 adalah sebanyak RM4,292,516.93 dan ini tidak termasuk kos pembelian harta tetap.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.