Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014

223) MERAKYATKAN EKONOMI SELANGOR : HADIAH KE IPT

Tahun: 2014

Sesi: 3

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Puan Rodziah Binti Ismail

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Syarat kelayakan untuk permohonan hadiah IPT adalah jelas. Namun, ada kes-kes permohonan yang ditolak kerana anak menuntut di sekolahsekolah berasrama di luar Selangor. Kenapa dan berapakah bilangan kes seumpama itu yang telah ditolak permohonannya?

    1. Kes seumpama ini ditolak apabila pemohon tidak memenuhi syarat kedua dalam dasar untuk kelayakan permohonan HPIPT iaitu:

     

    1. Pemohon mestilah terdiri daripada rakyat DYMM Sultan Selangor Darul Ehsan yang memenuhi kriteria-kriteria seperti berikut:

     

    1. Pemohon lahir di negeri Selangor; atau

     

    1. Ibu atau bapa pemohon lahir di negeri Selangor; atau

     

    • Pemohon tidak lahir di negeri Selangor tetapi telah MENETAP dan BERSEKOLAH di Negeri Selangor melebihi tempoh 11

     

    Dalam kes-kes tersebut, urus setia mendapati bahawa pemohon dan ibu bapa tidak lahir di Selangor tetapi telah bermastautin melebihi tempoh 11 tahun. Namun begitu, pemohon tidak bersekolah di Selangor selama tempoh tersebut.

     

    Contoh: Pemohon dan ibu bapa lahir di luar Selangor tetapi telah bermastautin di Selangor. Pelajar menuntut di sekolah rendah di negeri Selangor tetapi menyambung persekolahan peringkat menengah di sekolah di luar Selangor. Oleh itu, pelajar tidak memenuhi syarat 2(i), (ii) atau (iii) dasar HPIPT.

     

    Sistem yang diguna pakai sekarang tidak dapat menjana bilangan kes. Walau bagaimanapun, sistem yang sedang dibangunkan akan dapat memenuhi keperluan berkaitan.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.