Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

01 November 2019 hingga 13 November 2019

13) MERANCAKKAN EKONOMI PEKAN PELABUHAN KLANG

Tahun: 2019

Sesi: 3

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah perancangan Kerajaan Negeri untuk merancakkan aktiviti ekonomi di Pekan Pelabuhan Klang?

    Berikut merupakan diantara cadangan/ perancangan Majlis Perbandaran Klang untuk merancakkan aktiviti ekonomi di Pelabuhan Klang:-

     

    Cadangan membuat pembangunan semula ke atas kawasan-kawasan ‘’greenfield’’ samada pembentukan kawasan perniagaan bertema dan memperkenalkan pelan pembangunan semula yang komprehensif.

    Cadangan menambahbaik kemudahan perkhidmatan dan kemudahan asas :

    1. Cadangan sistem pengangkutan awam yang efisien.
    2. Cadangan sistem jaringan pejalan kaki dan basikal yang selamat.
    3. Penyediaan ruang “pocket’ untuk berehat.
    4. Penyediaan kemudahan OKU.
    5. Cadangan sistem jaringan jalan yang selesa dan selamat.
    6. Penyediaan tempat letak kereta yang mencukupi.

    Menggalakkan k-ekonomi di pusat pertumbuhan strategik.

    Mengambilkira kawasan Pusat Bandar Pelabuhan di dalam Penggantian Rancangan Tempatan Klang 2035 dengan menyediakan Pelan Induk yang lebih terperinci dengan melibatkan penyertaan pemilik-pemilik bangunan dalam kaedah pembangunan semula.

Lampiran

Tiada Lampiran.