Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014

48) MERANGSANGKAN EKONOMI

Tahun: 2014

Sesi: 2

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Puan Lai Nyuk Lan

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Memandangkan ekonomi yang semakin ‘slow-down’, bagaimanakah usaha dan langkah-langkah kerajaan negeri dalam merangsangkan ekonomi Selangor?

    Kerajaan negeri Selangor sentiasa komited untuk meningkatkan pertumbuhan ekonomi bagi membantu rakyat menghadapi keadaan ekonomi yang semakin mencabar. Sehubungan itu, bagi tahun-tahun yang akan datang, kerajaan negeri Selangor telah mensasarkan pertumbuhan ekonomi melalui pemfokusan dan strategi seperti berikut :

     

    Melaksanakan Program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES)

     

    Melalui program MES, kerajaan negeri telah melaksanakan pelbagai program dan aktiviti serta membangunkan pelbagai sumber supaya rakyat semua kaum tanpa mengira perbezaan agama mahupun fahaman politik dapat sama-sama menikmati hasil kekayaan selari dengan pertumbuhan pesat ekonomi negeri Selangor. Pelaksanaan agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor ini akan menjadikan kebajikan dan kualiti hidup rakyat lebih baik dan sekaligus rakyat dapat menikmati hidup yang lebih sejahtera. Pelaksanaan MES yang dijalankan secara berperingkat melalui fasa demi fasa telah dipergiat dan ditambah baik supaya lebih banyak kekayaan dapat dikongsi dan dinikmati oleh rakyat Selangor.

     

    Kemapanan sektor     ekonomi    terutama     sektor     perindustrian                          dan perdagangan

     

    Sektor perindustrian merupakan penyumbang utama terhadap kerancakan ekonomi negeri malah ia merupakan nadi ekonomi negara. Sehubungan itu, adalah menjadi strategi kerajaan negeri untuk melonjakkan negeri Selangor sebagai negeri perindustrian dan perdagangan. Untuk makluman, negeri Selangor mempunyai sektor pembuatan seperti elektronik, bahan kimia dan kenderaan automotif yang terbesar di Malaysia seperti kereta Proton dan Perodua. Kilang-kilang kereta import juga banyak beroperasi di negeri ini seperti Toyota, Nissan, Volkswagen dan banyak lagi. Selain itu, banyak juga kilang-kilang dari luar negara yang bertapak di negeri yang antaranya adalah kilang

     

    Panasonic dari Jepun, Procter & Gamble dari Amerika Syarikat dan lain- lain. Manakala antara kawasan perindustrian yang terkenal ialah di Shah Alam, Subang Jaya, Klang, Kajang, Rawang dan Petaling Jaya.

     

    • Memperkasa sektor pertanian

     

    Selangor juga telah menunjukkan prestasi yang baik dalam sektor pertanian dengan mencatatkan beberapa kejayaan industri pertanian sejak lima (5) tahun lepas. Sehubungan itu, kerajaan negeri komited untuk meningkatkan hasil tanaman negeri melalui pengeksploitasian dan pencarian kaedah-kaedah baru bagi meningkatkan hasil tanaman. Selain itu, kualiti dan nilai pembungkusan hasil pertanian juga ditambah baik bagi memastikan hasil yang dikeluarkan menepati kehendak pelanggan.

     

    Peningkatan kualiti hidup dan pembasmian kemiskinan

     

    Peningkatan kualiti hidup rakyat merupakan agenda utama kerajaan negeri bagi membolehkan Selangor menuju ke arah kemodenan dan kemajuan yang mapan. Sehubungan itu, harapan ini direalisasikan dengan memenuhi keperluan kehidupan asasi rakyat melalui kemajuan taraf pendidikan, keamanan yang berterusan, hak untuk memiliki harta dan jaminan generasi masa depan yang cemerlang.

     

    1. Pengurusan Perbandaran

     

     

    Pengurusan perbandaran yang teratur mencerminkan kualiti hidup yang sihat. Oleh itu, penyediaan kemudahan awam yang sempurna serta kawasan perbandaran yang bersih dan indah menjadi strategi kerajaan negeri sejajar dengan peredaran semasa. Dalam memastikan kecemerlangan ini diteruskan pada masa-masa akan datang, kerajaan negeri dengan kerjasama Pihak Berkuasa Tempatan sentiasa  memastikan aspek asas perbandaran diberi perhatian yang serius.

     

    Ekonomi Rakyat

     

    • Melindungi hak rakyat Selangor untuk mendapatkan air bersih pada harga yang berpatutan menerusi penstrukturan semula industri
    • Dasar perumahan – Tempat Kediaman untuk Semua dengan pembinaan rumah mampu milik yang bermutu serta menguruskan projek-projek perumahan lain yang mengutamakan tahap kemampuan rakyat untuk
    • Dasar Keusahawanan dan Inovasi bagi memberikan peluang kepada rakyat menambahbaik taraf kehidupan melalui penubuhan dana khas serta penyediaan kemudahan latihan dan pendidikan keusahawanan yang
    • Penyediaan kemudahan pengangkutan awam percuma serta

     

     

     

    • Pembangunan Desa

     

    Pembangunan Desa bukan merupakan satu projek yang boleh dilihat secara sendiri. Kerajaan Negeri ingin mengutarakan matlamat untuk menjalankan pembangunan desa secara holistik ini dengan kaedah mengambil kira soal pandangan dari kumpulan pelaksana, kerjasama daripada pembuat dasar, dan juga agensi berkaitan seperti Jabatan Pertanian dan Pejabat Daerah. Pada masa yang sama, matlamat utama yang ingin diutarakan oleh Kerajaan Negeri ialah untuk mengurangkan jurang pendapatan serta menanam nilai keempunyaan projek tersebut dalam diri masyarakat kampung. Pada masa ini, kaedah yang dilaksanakan dalam membantu membangunkan masyarakat kampung ialah dengan memberi insentif dan bantuan. Kerajaan Negeri ingin mengubah konsep ini kearah satu konsep yang menyeluruh dan holistik bagi memastikan pembangunan kampung setanding dengan pembangunan di kawasan bandar.

     

     

Lampiran

Tiada Lampiran.