Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

09 November hingga 13 November 2009 dan 16 November hingga 17 November 2009

93) MESRA USIA EMAS

Tahun: 2009

Sesi: 3

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah statistik pendaftaran Skim Mesra Usia Emas sehingga sekarang?

    Sehingga 30 September 2009 seramai 104,819 orang Warga Emas telah berjaya
    didaftarkan ke dalam sistem Skim Mesra Usia Emas bagi seluruh Negeri Selangor (Sila
    rujuk Lampiran A). Sementara bagi keseluruhan keahlian terkini termasuk dari Wilayah
    Persekutuan Kuala Lumpur adalah berjumlah 114, 699 orang.

Lampiran

Tiada Lampiran.