Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014

34) MESYUARAT PENUH

Tahun: 2014

Sesi: 3

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Puan Lai Nyuk Lan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah pandangan Kerajaan Negeri Selangor sekiranya ADUN dan ahli parlimen bukan sahaja sebagai pemerhati dalam mesyuarat penuh di setiap majlis tetapi diberi kuasa untuk memberi pandangan sebagai penambahbaikan ?

    Peranan dan kuasa ADUN adalah seperti menurut Bab 1 Bahagian VI, Perlembagaan Persekutuan dan Senarai II, Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan. ADUN boleh menyampaikan apa-apa pandangan dan pendatap mengenai perkara/isu yang melibatkan rakyat melalui Ahli Majlis atau secara terus kepada PBT untuk diselesaikan atas inisiatif mereka atau jemputan daripada PBT seperti mana yang ditetapkan di bawah Seksyen 23 Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171), semua Mesyuarat PBT boleh dihadiri oleh orang ramai melainkan jika selainnya diputuskan oleh PBT itu. Dalam hal ini, ADUN termasuklah dalam kategori berkenaan.

Lampiran

Tiada Lampiran.