Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

10 Mac hingga 13 Mac 2009 dan 16 Mac hingga 17 Mac 2009

55) MESYUARAT UNTUK PELANTIKAN PEGAWAI DAN AHLI JAWATANKUASA MASJID DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Jabatan Agama Islam Selangor telah memperkenalkan sistem ÔpilihanÕ bagi jawatan Pegawai dan Ahli Jawatankuasa Masjid bagi sesi 2009-2012 untuk semua masjid di Negeri Selangor. Walau bagaimanapun sebagai pra-syarat pemilihan, ahliahli Kariah sesebuah masjid wajib mengisi ÕBorang Kehadiran Anak Kariah' untuk membolehkan mereka hadir ke Mesyuarat berkenaan. Ini telah menimbulkan kesulitan dan kemarahan di kalangan ahli-ahli Kariah setempat, terutama sekali kariah kawasan luar bandar. Mengapakah prosedur mengisi Borang ini diperkenalkan walaupun ia bercanggah dengan SEKSYEN 2 TAFSIRAN (1), ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (NEGERI SELANGOR) 2003 yang memperuntukkan bahawa ÒÉ.Dalam Enakmen ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lainÑÒahli kariahÓ ertinya seseorang yang tinggal tetap atau pada kelazimannya bermukim dalam sesuatu kariah masjidÉÓ,

    Dalam perkara ini, Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 ini hendaklah dibaca bersama Kaedah-Kaedah Pegawai Masjid Dan Jawatankusa Kariah (Negeri Selangor)(Pindaan) 2001 pada perkara 19(1)(h) iaitu; Setiausaha sesuatu masjid hendaklah ;  “membanci dan mendaftarkan semua orang Islam yang bermastautin atau barmukim dalam kariah masjid itu”. Pendaftaran anak kariah ini akan memudahkan proses pencalonan pegawai dan jawatankuasa masjid.

    Borang Keahlian Anak Kariah diwujudkan bagi mendaftarkan anak kariah  masjid dan surau berdasarkan kepada Kaedah-Kaedah Pegawai Masjid Dan Jawatankusa Kariah (Negeri Selangor)(Pindaan) 2001. Bagi memudahkan proses Mesyuarat Agong Khas Pencalonan Pegawai dan Jawatankuasa Masjid, Borang Keahlian yang telah disahkan dimasukkan ke dalam Buku Daftar Anak Kariah. Setiap anak kariah yang berdaftar berhak untuk menjadi pengundi dan dicalon dalam pencalonan tersebut. Proses ini bagi memastikan status anak kariah masjid-masjid supaya mengganggu proses pencalonan yang dijalankan. Mekanisme yang dilaksanakan ini telah berjalan dengan baik dan diterima oleh semua masjid di Negeri Selangor

Lampiran

Tiada Lampiran.