Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

19 Mac - 23 Mac 2012 dan 26 Mac - 27 Mac 2012

4) METER AIR PUKAL

Tahun: 2012

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Dato' Subahan Bin Kamal

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah penghuni rumah flet yang masih menggunakan meter pukal di Selangor?

    Berdasarkan rekod Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (SYABAS), jumlah pangsapuri yang masih menggunakan meter air pukal di negeri Selangor setakat 27 Januari 2012 adalah sebanyak 2,273 kawasan (termasuk di kawasan Kuala Lumpur dan Putrajaya). Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri perlu membuat semula penyelarasan data ke atas rekod SYABAS bersama Unit Pesuruhjaya Bangunan di semua kawasan Pihak Berkuasa Tempatan negeri Selangor kerana terdapat pangsapuri di Kuala Lumpur yang berada dalam sempadan negeri Selangor.  Selain itu, Kerajaan Negeri juga dapat mengenal pasti jumlah penghuni atau pembeli terlibat memandangkan SYABAS hanya mempunyai rekod penama meter air individu bagi kawasan pangsapuri yang telah melaksanakan migrasi meter air individu sahaja.

    Namun begitu, hasil daripada semakan semula data yang dibuat bagi pangsapuri kos rendah yang menggunakan meter air pukal di bawah kod 18 dan 17, didapati jumlah kawasan yang terlibat adalah 234 kawasan melibatkan seramai 65,983 pembeli bagi unit kediaman seperti berikut:

    BIL. NAMA PIHAK BERKUASA TEMPATAN JUMLAH KAWASAN
    1. Majlis Bandaraya Shah Alam 35

    (5,394 unit)

    2. Majlis Bandaraya Petaling Jaya 23

    (16,974 unit)

    3. Majlis Perbandaran Subang Jaya 28

    (11,824 unit)

    4. Majlis Perbandaran Ampang Jaya 54

    (14,964 unit)

    5. Majlis Perbandaran Klang 47

    (5,910 unit)

    6. Majlis Perbandaran Selayang 20

    (6,086 unit)

    7. Majlis Perbandaran Kajang 19

    (2,978 unit)

    8. Majlis Perbandaran Sepang 1

    (125 unit

    9. Majlis Daerah Kuala Langat 4

    (388 unit)

    10. Majlis Daerah Hulu Selangor 1

    (300 unit)

    JUMLAH 234

    (65,983 unit)

Lampiran

Tiada Lampiran.