Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017

178) MEWUJUDKAN MEDAN SELERA SUNGAI BULOH (BERHAMPIRAN SHELL BBSB DI FT 54)

Tahun: 2017

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Mohd Khairuddin Bin Othman

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Bolehkah MBSA menjadikan kawasan kedai makan besi sebagai Medan Selera Sungai Buloh dengan menaikkan taraf yang sesuai?

    Majlis Bandaraya Shah Alam belum mempunyai perancangan untuk menaiktaraf Medan Selera Sungai Buloh buat masa ini. Sejak penyerahan pengurusan gerai oleh pihak Kerajaan Negeri kepada Majlis pada tahun 2009, Majlis telah membuat beberapa pembaikan di kawasan tersebut seperti pemasangan lampu jalan di sekitar gerai, menaiktaraf longkang bagi mengatasi masalah banjir dan penanaman pokok di kawasan tempat letak kereta gerai

    Untuk makluman, Medan Selera Sungai Buloh mempunyai 21 lot gerai bagi jenis jualan makanan, minuman dan runcit. Kadar bayaran sewa yang dikenakan kepada penyewa sejak pengambilalihan dan sehingga kini adalah sebanyak RM50.00 sebulan bagi setiap unit gerai.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.