Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017

112) MEWUJUDKAN SEMULA PILIHANRAYA KERAJAAN TEMPATAN DI SELANGOR

Tahun: 2017

Sesi: 1

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Bilakah Kerajaan Negeri Selangor akan mewujudkan semula Pilihanraya Kerajaan Tempatan di Selangor?

    1. Pilihan raya Kerajaan Tempatan tidak dapat dilaksanakan kerana halangan dari sudut perundangan yang mana Pihak Berkuasa Tempatan Negeri adalah tertakluk di bawah Seksyen 15(1) Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) yang secara jelasnya menyebut bahawa Pilihan Raya Kerajaan Tempatan adalah tidak dibenarkan.
    2. Berdasarkan hal ini, Kerajaan Negeri juga telah mengambil kira keputusan Mahkamah Persekutuan yang membuat keputusan bahawa enakmen pilihan raya kerajaan tempatan yang diluluskan oleh Kerajaan Pulau Pinang pada 2012 adalah bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak dibenarkan untuk mengadakan Pilihanraya Kerajaan Tempatan.
    3. Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan ke 12/2010 yang diadakan pada 31 Mac 2010 yang telah disahkan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan Ke 13/2010 pada 7 April 2010, semasa membincangkan perkara ini turut mengambil maklum surat dari Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang menyatakan bahawa SPR dan Kerajaan Negeri tidak mempunyai kuasa mengadakan pilihan raya peringkat PBT bagi memilih Ahli Majlis.
    1. Berdasarkan surat dari Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tersebut dan keputusan Mahkamah Persekutuan berkaitan dalam kes Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Kerajaan Negeri Selangor tidak dapat mengadakan Pilihanraya Kerajaan Tempatan di Selangor.

Lampiran

Tiada Lampiran.