Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

28 Jun 2013, 01 Julai - 05 Julai 2013 dan 08 Julai 2013

57) MIGRASI BELIA DARI LUAR BANDAR KE BANDAR

Tahun: 2013

Sesi: 2

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Puan Lai Nyuk Lan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Migrasi belia dari luar bandar ke bandar semakin ketara, apakah langkahlangkah pencegahan yang diambil oleh Kerajaan Selangor?

    Proses urbanisasi yang pesat di Malaysia adalah akibat daripada kepesatan aktiviti migrasi luar bandar ke bandar. Untuk mengawal proses urbanisasi secara berkesan, langkah mengawal migrasi ini perlu diambil. Antara langkah-langkah yang perlu diambil oleh Kerajaan adalah seperti berikut :-

    • Sektor pertanian perlu dimajukan dengan memberi bantuan kewangan, bantuan nasihat dan menyatukan kawasan tanah pertanian yang sempit dalam konsep pertanian bersepadu. Kaedah moden diperkenalkan seperti menggalakkan penggunaan bijih benih yang bermutu tinggi, penggunaan jentera, baja organik, racun serangga supaya hasil pengeluaran dapat ditingkatkan. Di samping itu, pihak kerajaan juga perlu memperbaiki kemudahan infrastruktur di luar bandar. Bekalan elektrik, air, kemudahan perhubungan dan pengangkutan perlu dibina di kawasan luar bandar. Dengan kemajuan luar bandar dan meningkatkan taraf hidup penduduk luar bandar, maka mereka tidak akan berhijrah ke bandar. Keadaan ini dapat mengawal proses urbanisasi yang pesat.
    • Kerajaan juga boleh mengurangkan aliran penduduk luar bandar ke bandar dengan membuka tanah-tanah baru untuk pertanian. Kawasankawasan pertanian baru diteroka di bawah Rancangan Pembangunan Tanah FELDA. Di bawah program ini, segala kemudahan asas disediakan di kawasan baru ini termasuk rumah kediaman, air, elektrik, jalan raya, klinik dan sekolah. Pertanian dilakukan dengan menanam tanaman jualan seperti getah dan kelapa sawit di bawah FELDA dan tenaga kerja terdiri daripada petani yang dipilih untuk menyertai program ini. Program ini telah dapat meningkatkan taraf hidup penduduk luar bandar dan telah berjaya mengalihkan arah aliran penduduk desa dan bandar ke kawasan-kawasan ini.
    • Untuk mengurangkan aliran penduduk kawasan desa boleh digalakkan untuk membangunkan dalam sektor industri desa seperti industri memproses hasil-hasil pertanian, industri kraftangan dan industri makanan. Dengan ini, kawasan luar bandar akan dimajukan. Contoh, perkembangan industri kraftangan seperti industri membuat tembikar di Sayong Perak, industri batik dan songket di Terengganu, industri barangbarang kemas perak di Kelantan.
    • Usaha-usaha memodenkan ekonomi luar bandar dibantu dengan pinjaman kewangan oleh kerajaan negeri serta khidmat nasihat oleh badan-badan tertentu. Dengan proses memodenkan ekonomi luar bandar, penduduk luar bandar akan terlibat dalam sektor-sektor ekonomi moden ini dan mewujudkan peluang bagi mereka untuk memajukan ekonomi diri sendiri.

Lampiran

Tiada Lampiran.