Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

23 – 30 November 2018 dan 3 – 5 Disember 2018

79) MIGRASI METER PUKAL KEPADA METER INDIVIDU

Tahun: 2018

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Puan Jamaliah Binti Jamaluddin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Penggunaan Meter Pukal di Pangsapuri Kos Rendah telah menyebabkan banyak isu pemotongan air apabila sesetengah penduduk tidak mahu membayar bil. Apakah terdapatnya usaha-usaha Kerajaan Negeri bagi memastikan pelaksanaan migrasi meter pukal kepada meter individu dijalankan di kesemua Pangsapuri-pangsapuri kos rendah?

    Usaha-usaha Kerajaan Negeri:-

    • Air Selangor telah melaksanakan program migrasi bekalan air meter pukal kepada meter individu bagi kategori meter pukal yang berdaftar dibawah kod tarif air 17 (kondominium/ pangsapuri), kod tarif air 18 (pangsapuri kos rendah/flat) dan kod tarif air 21 (kuarters kerajaan) bagi Negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Putrajaya semenjak tahun 2008 selaras dengan Warta Kerajaan Persekutuan, Kaedah-kaedah Industri Perkhidmatan Air (Retikulasi Air dan Pemasangan Paip)

     

    • Statistik Perlaksanaan Program Migrasi sehingga Oktober 2018 adalah seperti jadual di bawah :

     

     

    Jumlah Taklimat

    Migrasi

    Jumlah Akaun Meter Pukal yang telah melaksanakan program migrasi Jumlah Akaun Meter

    Individu yang diwujudkan selepas

    program migrasi

     

    720

     

    856

     

    203,052 akaun

     

    • Antara usaha-usaha dan langkah yang diambil bagi membantu proses migrasi, Air Selangor melaksanakan taklimat program secara berterusan dengan mengadakan perjumpaan bersama Jawatankuasa Pengurusan Bersama Bangunan (JMB) serta Selain dari itu Air Selangor juga membantu dalam memberikan nasihat dan cadangan bagi kelancaran proses permohonan oleh penduduk dan JMB serta mewujudkan Unit Khas Migrasi bagi membantu dan memudahkan permohonan migrasi bekalan air meter pukal kepada bekalan air meter individu.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.