Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014

41) MIKRO KREDIT BANDAR (MIMBAR)

Tahun: 2014

Sesi: 2

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Amirudin Bin Shari

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapa peserta keseluruhan yang menyertai program tersebut dan berapa peruntukkan yang telah digunakan?

    Bermula dari Mac 2011 sehingga April 2014, MiMBAR Selangor telah membiayai seramai 4,862 orang peserta dengan jumlah pembiayaan sebanyak RM9,845,978.00. Pembiayaan dan jumlah peserta ini melibatkan mereka yang telah meminjam dari pusingan pertama hingga ketiga.

    JUMLAH PESERTA & PEMBIAYAAN MENGIKUT TAHUN
    Tahun Bilangan Peserta Dibiaya Pembiayaan (RM)
    2011 1,620 3,648,500
    2012 3,083 9,345,478
    2013 81 208,000
    2014 78 292,500
    JUMLAH KESELURUHAN 4,862 9,845,978.00
    JUMLAH PESERTA & PEMBIAYAAN MENGIKUT PUSINGAN PINJAMAN
    Pinjaman Pusingan Jumlah Peserta Jumlah Pembiayaan (RM)
    Pusingan Pertama 4,673 RM9,090,098
    Pusingan Kedua 188 RM750,880
    Pusingan Ketiga 1 RM5,000

Lampiran

Tiada Lampiran.