Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014

121) MIKROKREDIT: MIMBAR

Tahun: 2014

Sesi: 3

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Puan Rodziah Binti Ismail

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah rancangan kerajaan negeri Selangor untuk meningkatkan dana pembiayaan mikrokredit kepada rakyat yang tidak putus-putus memerlukan bantuan skim tersebut?

    Kerajaan Negeri melalui Program Hijrah akan memperuntukkan sejumlah dana tambahan untuk program mikrokredit MIMBAR dan SKIMSEL.

    Setakat ini, peruntukan yang telah disalurkan kepada MMBAR dan SKIMSEL adalah seperti berikut:-

    PROGRAM JUMLAH DILULUSKAN JUMLAH DISALURKAN
    SKIMSEL RM50 JUTA RM23, 499, 690.00
    MIMBAR RM20 JUTA RM15,931,656.58
    JUMLAH RM 70 JUTA RM39,431,346.58

    Memandangkan sambutan yang menggalakkan dan adanya keperluan untuk meningkatkan dana pembiayaan mikrokredit kepada rakyat Selangor, maka Kerajaan negeri melalui Program Hijrah bersetuju untuk meningkatkan jumlah Dana kepada SKIMSEL dan MIMBAR.

    SKIMSEL daripada dana asal sebanyak RM50Juta ditambah RM10 Juta lagi menjadi RM60 Juta manakala MIMBAR daripada dana sedia ada sebanyak RM20 Juta ditingkatkan sebanyak RM20 juta lagi menjadi RM40 Juta.

    Ini menjadikan dana keseluruhan adalah RM100 Juta. Kedua-dua Program ini adalah di bawah Yayasan Dar Al-Qard Al Hasan.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.