Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

11 Julai 2011 hingga 13 Julai 2011

202) MIKROKREDIT MISKIN BANDAR (MIMBAR)

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Shafiei

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Program MIMBAR merupakan satu langkah yang baik. Rungutan masyarakat. Proses yang diambil untuk kelulusan agak lama, melepasi 2 bulan. Apakah masalahnya? Huraikan

    Proses pemilihan pada peringkat awal boleh dikatakan sehingga dua bulan. Walaubagaimana pun proses ini telah dibaik-pulih dan secara putaranya kini proses pemilihan hanya memakan masa 2 (dua) minggu selepas sesi temuduga dijalankan. Setiap peserta hendaklah menjalani proses-proses berikut:

    1. Penerimaan borang permohonan secara online, PBT, PKD dan penghantaran terus ke pejabat MiMBAR Selangor (proses akan dijalankan setelah borang permohonan diterima di pejabat MiMBAR Selangor)
    2. Sesi temuduga
    3. Sesi siasatan
    4. Jawatankuasa Pemilihan
    5. Tawaran pinjaman diberikan
    BIL AKTIVITI ANGGARAN HARI
    1. Borang diterima – Temuduga 2 – 5 hari *
    2. Temuduga – Siasatan 2 – 5 hari
    3. Siasatan – J/K Pemilihan 2 – 5 hari
    4. J/K Pemilihan – Tawaran 2 – 4 hari
      Anggaran hari 6 – 14 hari **

    *proses dijalankan setelah borang permohonan diterima oleh Pejabat MiMBAR Selangor.

    **KPI 14 hari dikira selepas sesi temuduga dijalankan.

    Masalah yang dihadapi pada permulaan operasi MiMBAR termasuklah;

    • Sambutan yang amat menggalakkan dari orang ramai dan borang yang diterima telah mencecah lebih daripada 5,300 pemohonan. Memandangkan kakitangan yang terhad terdapat sedikit ‘back-log’ di dalam proses ini.

    Penyelesaian/Tindakan: Kakitangan telah ditambah terutama di bahagian pemilihan peserta. Di samping itu, sistem proses pemilihan telah ditingkatkan bagi memudah dan mempercepatkan proses pemilihan melalui sistem zon.

    • Kebanyakan borang dihantar di Pusat Khidmat DUN (PKD) dan PBT dikumpul dahulu dan akan dihantar atau dikutip oleh pegawai MiMBAR. Ini menyebabkan banyak masa terbuang di PKD sehingga berbulanbulan.

    Penyelesaian/Tindakan: PKD diminta TIDAK lagi mengumpul borang terlalu lama dan diminta dihantar atau memberitahu MiMBAR untuk mengutip dengan kadar segera tanpa perlu menunggu borang-borang yang lain.  KPI proses pemilihan diambil kira 14 hari selepas tarikh temuduga dijalankan.

Lampiran

Tiada Lampiran.