Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014

140) MIMBAR

Tahun: 2014

Sesi: 2

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Mengapa program mikro kredit bandar MIMBAR digantung sepanjang tahun 2013 dan hanya dimulakan semula pada 2014?

    Kerajaan negeri tidak pernah menghentikan atau menggantung Program Mikrokredit Miskin Bandar (MiMBAR) Selangor sejak dari Mac 2011 yang lalu. Permohonan baru dan pembiayaan tetap diteruskan.  Pada masa yang sama pinjaman Bantuan Niaga dan Bantuan Kerja adalah pembiayaan yang diutamakan untuk mendidik peserta berdikari bagi menjana pendapatan.

    Di samping itu pada tahun 2013, MiMBAR Selangor lebih menumpukan kepada penilaian gerak kerja seperti berikut:

    • penambahbaikan operasi kutipan bayaran balik
    • penambahbaikan Standard Operating Procedure (SOP) permohonan baru dan pembiayaan
    • menganalisis syarat-syarat permohonan baru

    MiMBAR Selangor juga masih meneruskan aktiviti pembangunan pesertanya melalui latihan dan kursus-kursus yang berbentuk:

    • kemahiran perniagaan dan kewangan
    • perkongsian ilmu dan pengalaman peningkatan tahap perniagaan
    • teori perniagaan dan pemasaran

Lampiran

Tiada Lampiran.