MISI BANTUAN PANTAS
34) MISI BANTUAN PANTAS
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berapa misi bantuan telah dilakukan oleh PANTAS sejak ia ditubuhkan?
Pertubuhan Misi Bantuan Kemanusiaan Selangor (PANTAS) telah ditubuhkan pada 2 Februari 2010 sebagai sebuah badan pertubuhan NGO yang memainkan peranan bagi membantu Kerajaan Negeri Selangor dalam bertindak untuk memberikan bantuan kemanusiaan seperti keperluan asas dan keperluan harian untuk membantu mangsa- mangsa bencana alam khususnya di Negeri Selangor serta Malaysia dan negara lain
Penubuhan PANTAS selaras dengan hasrat murni Dato’ Menteri Besar Selangor untuk melibatkan komuniti terutama golongan belia dan remaja di dalam usaha bersama-sama Kerajaan Negeri Selangor melahirkan generasi yang bertanggungjawab, mempunyai sensitiviti terhadap sesama manusia disamping dapat membantu pembangunan modal insan di Negeri Selangor. Harapan Kerajaan Negeri Selangor melalui penubuhan NGO seperti ini dapat menanamkan semangat saling bantu membantu bagi memastikan kesejahteraan dan kebajikan sesama masyarakat dapat dipertingkatkan.
Sejak ditubuhkan, PANTAS telah berjaya melaksanakan 7 kali misi bantuan kemanusiaan termasuk luar dan dalam negara.
Berikut merupakan bilangan bantuan yang telah diserahkan kepada yang berkenaan bagi meringankan bebanan yang ditanggung oleh mangsa musibah.
Masa Bencana
Kategori Bencana
Aktiviti / Program
Tarikh memberikan bantuan
Julai 2010 Sekatan Bantuan Menyertai pasukan bantuan Kemanusiaan Selangor ke Palestin Julai 2010 6 Jan 2011 Banjir Bantuan Kemanusiaan Kelantan Mangsa Banjir di 31 Jan 2011 6 Jan 2011 Banjir Bantuan Kemanusiaan Pahang Mangsa Banjir di 5 Feb 2011 7 Jan 2011 Banjir Bantuan Kemanusiaan Terengganu Mangsa Banjir di 1 Feb 2011 31 Jan 2011
Banjir Bantuan Kemanusiaan Melaka Mangsa Banjir di 3 – 4 Feb 2011
31 Jan 2011
Banjir Bantuan Kemanusiaan Mangsa Banjir di Johor 11 – 12 Feb 2011
1 Feb 2011 Banjir Bantuan Kemanusiaan Pahang Mangsa Banjir di 10 Feb 2011
