Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

19 Mac - 23 Mac 2012 dan 26 Mac - 27 Mac 2012

107) MITIB , KUALA LANGAT (MAAHAD INTEGRASI TAHFIZ SAINS DAN TEKNOLOGI ISTANA BANDAR )

Tahun: 2012

Sesi: 1

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Haji Hasiman Bin Sidom

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sejauh manakah pencapaian pelajar-pelajar di MITIB selepas hampir 5 tahun dibuka dan apakah penambahbaikan yang dilaksanakan sekarang

    Selepas 5 tahun di buka percapaian pelajar di MITIB adalah seperti yang ditujukkan pada lampiran A.

    Penambahbaikan yang sedang dilaksanakan sekarang:

    • Infranstruktur : telah selesai mengambil alih tanah di sekitarnya seluas 10 ekar lagi untuk tujuan menyediakan kemudahan pelajar termasuk membina makmal sains Tulin, makmal Kemahiran Hidup, dewan, padang-padang permainan dan lain-lain.
    • Kurikulum dan Ko-kurikulum : melaksanakan sistem pengajaran dan pembalajaran yang integrated dan Holistic berteras Al-quran dan Hadith,termasuk memasukkan hujah-hujah dalil Al-Quran dalam pengajaran Sains Matematik, Geografi, Sejarah, bahasa dan lain lain subjek.Membawa tenaga pengajar dari luar termasuk dari Mesir, Sudan dan Indonesia
    • Menyediakan latihan guru dengan kerjasama Universiti tempatan seperti Uni.perguruan Sultan Idris (UPSI), Kolej Univ.Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) dan Universiti Teknologi Mara
    • Menubuhkan Pusat Bahasa Arab dengan bantuan SESCO dan Pusat Bahasa Arab Mudul Hastum Sudan di Pusat Sumber Pendidikan JAIS (PSPJ) Klang.

    LAMPIRAN A

    MAAHAD INTEGRASI TAHFIZ SAINS DAN TEKNOLOGI ISTANA BANDAR, KUALA LANGAT

    1. A) PERBANDINGAN PMR MITIB 2010-2011
    JUMLAH CALON TAHUN 9A 8A 7A 6A 5A 4A 3A 2A GRD

    PURATA

    58

    Orang

    2010 15 12 12 7 5 5 1 1 1.25
    110

    Orang

    2011 54 36 11 4 4 2 1.10

    Catatan :

    PMR – Penilaian Menengan Rendah

    * Terbaik di Daerah Kuala Langat

    1. ANALISIS SMA & SMATQ MITIB 2011
    PEPERIKSAAN MUMTAZ J.JIDDAN JAYYID MAQBUL
    SMA 24 43.6 % 27 49.1  % 3 5.5 % 1 1.8%
    SMATQ 5 9.1 % 35 63.6  % 14 25.5 % 1 1.8%

    JUMLAH CALON                             : 55 Orang

    GRED PURATA SEKOLAH           : 1.55

    JUMLAH LULUS                              : 100%

    Catatan :

    SMA     – Sijil Menengah Agama

    SMATQ – Sijil Menengah Agama & Tahfiz Quran

    • SIJIL TAHFIZ MALAYSIA 2011

    Pangkat Mumtaz      : 4 Orang

    • HAFAZAN

    Pelajar Khatam 30 Juzu’ Sehingga 5/3/2012

    Jumlah Pelajar Khatam      : 28 Orang

    10 Orang Pelajar Pertama Akan Dibiayai Dalam Melaksanakan Umrah.

Lampiran

Tiada Lampiran.