Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

26 Mac 2018 hingga 28 Mac 2018

220) MMKN TELAH MELULUSKAN PEMBERIAN HAKMILIK KEPADA PALATEHAN ARSYAD MOHD ARYSAD DI PT 20829 MELALUI MESYUARAT KERAJAAN NEGERI BERTARIKH 30 NOVEMBER 2016 DENGAN RUJUKAN BIL (15)PTG NO 2/1/145/2014

Tahun: 2018

Sesi: 1

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Mohd Khairuddin Bin Othman

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Mengapakah Borang 5A yang dikeluarkan mencatatkan lot yang berbeza dari yang diluluskan?

    Pemohonan ini adalah bertujuan untuk menempatkan semula setinggan-setinggan yang telah lama menduduki tanah kerajaan di atas rizab Lebuh Raya Utara / Selatan ke kawasan yang lebih selamat dan teratur. Perkara mengenai penempatan setinggan ini telah pun disuarakan oleh pemohon-pemohon dan mendapat perhatian oleh Yang Berhormat Ahli Dewan Negeri Paya Jaras oleh kerana pernah berlaku kemalangan di kawasan setinggan-setinggan

    Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor ke 23/2015 yang diadakan pada 22 Julai 2015 yang telah disahkan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor ke 24/2015 pada 29 Julai 2015 telah meluluskan pemberimilikan tanah kerajaan kepada 15 orang pemohon.

    Pada 14 September 2015, Pejabat Wakil DUN Paya Jaras telah mengemukakan surat pertukaran lot bagi pemohon-pemohon yang menerima kelulusan. Ini disebabkan tanah di PT 20828 dan PT 20829 adalah tidak sesuai untuk dibina rumah kerana kedudukan tapak yang berbentuk segitiga. Hasil siasatan dan semakan yang dijalankan oleh Pejabat Daerah dan Tanah Gombak, pemohon boleh diperakukan untuk pertukaran plot. PT 20828 dan PT 20829 perlu dicantum supaya lot boleh diduduki dan disyorkan semula kepada Mustapa bin Baharum. Manakala, Haji Palatehan Arsyad bin Mohd Arsyad pula disyorkan PT 20767 yang masih tanah kerajaan. Kertas ringkasan permohonan pindaan plot ke atas

     

    kelulusan terdahulu telah dikemukan untuk kelulusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor pada 14 Oktober 2016.

    Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor ke 39/2016 yang diadakan pada 30 November 2016, telah meluluskan pindaan terhadap plot yang tersebut. Borang 5A telah dikeluarkan pada 11 Januari 2017 dengan mencatat lot tanah yang sama seperti diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor ke 39/2016 yang diadakan pada 30 November 2016 yang telah disahkan oleh Majlis Kerajaan Negeri Selangor ke 40/2016 pada 7 Disember 2016. Pemohon Haji Palatehan Arsyad bin Mohd Arsyad telah membayar premium sebanyak RM 14,466.90 pada 12 April 2017. Geran hakmilik sementara telah didaftarkan pada 06 Disember 2017 dan nombor hakmilik HS (D) 87906 PT 1120, Pekan Sungai Buloh, Daerah Gombak telah dikeluarkan.

Lampiran

Tiada Lampiran.