Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

12 April 2010 hingga 14 April 2010

83) MODEL EKONOMI BARU

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Datuk Mohd Isa Bin Abu Kasim

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Kerajaan Persekutuan mengumumkan Model Ekonomi Baru (MEB) dengan elemen kreativiti, inovasi dan nilai tinggi sebagai teras pelaksanaan Rancangan Malaysia KeSepuluh (RMK-10). Apakah kerajaan negeri mempunyai model ekonomi tersendiri untuk memastikan ekonomi negeri terus kukuh?

    1. Dalam memastikan ekonomi negeri terus kukuh menjelang pelaksanaan Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMKe-10) dan dalam masa yang sama mampu beriringan dengan Kerajaan Persekutuan yang telah mengumumkan Model Ekonomi Baru (MEB) baru-baru ini, Kerajaan Negeri telah terlebih dahulu mengorak langkah yang lebih proaktif dengan melancarkan model pembangunan yang lebih komprehensif dan menetapkan Hala Tuju Perancangan Pembangunan Negeri Selangor 2025 bagi menjadikan “Selangor Negeri Idaman, Maju, Sejahtera dan Berkebajikan”.

     

    Berasaskan hala tuju tersebut, Kerajaan menetapkan pelbagai usaha-usaha pembangunan dilaksanakan secara holistik dengan melibatkan pembangunan modal insan yang sentiasa tunduk kepada Penciptanya, pembangunan infrastruktur, ekonomi, urus tadbir yang baik serta tidak melupakan pengurusan alam sekitar. Hala tuju yang holistik ini digariskan melalui 7 teras seperti berikut:-

     

    • Menguruskan negeri maju berteraskan nilai murni, nilai sejagat, keunggulan budaya dan tradisi;
    • Menangani ketidaksamaan sosioekonomi yang berterusan;
    • Menyediakan panduan strategik mengenai arah dan corak perbandaran dan penggunaan tanah;
    • Menambah baik tadbir urus;
    • Mengurus pembangunan alam sekitar yang mampan;
    • Memacu pembangunan modal insan;
    • Menjana sumber pertumbuhan

Lampiran

Tiada Lampiran.