Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015

7) MODEL PERTANIAN RINGKAS DAN MUDAH BERJAYA

Tahun: 2015

Sesi: 1

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Puan Dr Hajah Halimah Binti Ali

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Adakah kerajaan mempunyai model yang menarik, mudah, komprehensif dan memberi pulangan yang memuaskan untuk belia pinggiran bandar yang tidak mempunyai tanah yang luas?

    Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pertanian mengenengahkan konsep ‘Edible garden’ bermaksud taman yang dibangunkan mengandungi tumbuhan yang sesuai untuk dimakan atau pokok herba, sayuran, ulaman, umbisi dan buah-buahan dan digabungkan dengan tanaman landskap.

    Selain berfungsi sebagai kebun dapur, ‘edible garden’ juga boleh menjadi landskap yang menarik jika bijak menggabungkan pokok herba, sayuran dan buahan dengan pokok berbunga atau tumbuhan landskap atau hiasan.

    Edible garden’ tidak semestinya kebun yang besar. Ia boleh dilakukan di dalam pasu, bekas-bekas terpakai, balkoni dan kawasan lapang di tepi rumah. Konsep ‘edible garden’ dengan Mini fertigasi kini sedang diperkenalkan kepada penduduk bandar. Menerusi konsep ini, taman tidak perlu disiram atau diselenggara setiap hari sebaliknya pengairan dan siraman baja dapat dikawal serta sesuai di ruang yang terhad.

Lampiran

Tiada Lampiran.