Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

29 Julai 2019 dan 31 Julai 2019

54) MODERN PIG FARMING DI DAERAH KUALA LANGAT

Tahun: 2019

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Borhan Bin Aman Shah

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah tindakan Kerajaan Negeri Selangor untuk mempercepatkan pelaksanaan Modern Pig Farming di Daerah Kuala Langat memandangkan keadaan pencemaran sungai dan pencemaran bau di sekitar kawasan ladang ternakan yang serius?

    Kerajaan Negeri melalui Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan Ke 33/2018 yang diadakan pada 26 Oktober 2018 dan telah disahkan oleh Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan Ke 34/2018 telah menimbang dan bersetuju secara dasar dengan pelaksanaan Projek Pembangunan Modern Pig Farming (MPF) di Ladang Tumbuk, Mukim Batu Daerah Kuala Langat. Antara keputusan secara dasar yang telah dipersetujui adalah seperti berikut :-

     

    1. Pelaksanaan projek MPF ini secara inisiatif pihak swasta sepenuhnya tanpa melibatkan sebarang kos daripada Kerajaan Negeri Selangor;

     

    1. Bersetuju dengan Terma Rujukan (TOR) projek pembangunan Modern Pig Farming (MPF); dan

     

    1. Pihak syarikat membuat urusan pembelian tapak tanah projek MPF terus daripada pemilik-pemilik ladang, yang menjadi tanggungjawab syarikat bukan Kerajaan Negeri.

    Berdasarkan keputusan tersebut, syarikat yang berminat telahpun memulakan langkah awal dengan berjumpa pemilik-pemilik tanah yang berkaitan untuk urusan pembelian tanah. Walau bagaimanapun, terdapat pemilik-pemilik tanah yang telah meletakkan harga jualan sehingga lebih sekali ganda lebih daripada harga pasaran dan ini telah menyebabkan kelewatan perancangan pelaksanaan kerana kos pembinaan menjadi semakin tinggi daripada perancangan.

Lampiran

Tiada Lampiran.