Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

18 Mac 2019 - 25 Mac 2019

25) MODERN PIG FARMING DI DAERAH KUALA LANGAT

Tahun: 2019

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Borhan Bin Aman Shah

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah tindakan Kerajaan Negeri Selangor untuk mempercepatkan pelaksanaan Modern Pig Farming di Daerah Kuala Langat?

    Bagi tujuan mempercepatkan pelaksanaan Modern Pig Farming di Daerah Kuala Langat, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) pada 26 Oktober 2018 telah memberikan persetujuan secara dasar terhadap sebarang cadangan pelaksanaan Projek Pembangunan Modern Pig Farming (MPF) di Daerah Kuala Langat dengan syarat ianya mematuhi syarat dan peraturan yang berkuatkuasa. Sehubungan dengan itu, mana-mana syarikat yang berminat boleh menghantar secara terus permohonan pelaksanaan projek tersebut kepada Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) dan agensi-agensi berkaitan untuk kelulusan.

Lampiran

Tiada Lampiran.