Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

19 Mac - 23 Mac 2012 dan 26 Mac - 27 Mac 2012

126) MPKJ MEMBUKA TAWARAN KONTRAKTOR LUAR

Tahun: 2012

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Pada awal Januari 2012, pihak MPKj membuka tawaran kontrak secara terbuka kepada kontraktor luar, dan kontraktor yang sedia ada membuat bantahan. Pihak kontraktor manakah yang membantah MPKj membuka kontrak secara terbuka mengangkut sampah?

    Terdapat sebilangan daripada kontraktor terdahulu yang membantah MPKj membuka kontraktor secara terbuka. Walau bagaimanapun tindakan penamatan perkhidmatan telah diambil ke atas kontraktor yang terlibat. Senarai terkini yang telah ditamatkan perkhidmatan adalah seramai 31 kontraktor yang terlibat berikutan tindakan boikot yang dibuat pada Januari 2012 seperti di Lampiran I.

Lampiran

Tiada Lampiran.