Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

17 Ogos - 20 Ogos 2015

23) MUSIM PANAS MELANDA

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah jaminan kerajaan supaya bekalan air tidak terputus atau dicatu?

    a) , b) dan c)

     

    Kerajaan Negeri yakin melalui perancangan dan tindakan-tindakan yang telah diambil, bekalan air di Negeri Selangor adalah mencukupi dari segi kualiti dan kuantiti, antaranya adalah seperti berikut:-

     

    Pelaksanaan Projek Mitigasi 2 yang akan disiapkan sepenuhnya pada Disember 2015 yang akan memberikan penambahan pengeluaran dari loji sedia ada sebanyak 300 JLH. Pelaksanaan Projek Mitigasi 2 ini menggunakan pinjaman dari Kerajaan Persekutuan dengan anggaran sebanyak RM297,785,382.00. Dengan siapnya projek Mitigasi 2 ini, sejumlah 300 JLH air terawat dari Loji Rawatan Air sedia ada dapat dimasukkan ke dalam sistem agihan kepada pengguna.

     

    • Melaksanakan projek membaik pulih loji rawatan air Sungai Langat bagi memastikan loji tersebut boleh beroperasi hingga mencapai pengeluaran 500 JLH dengan adanya sistem standby;

     

    • Dengan persetujuan dari Kementerian Tenaga Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA), Kerajaan Negeri akan mendapatkan bekalan air mentah 500 JLH dari Sungai Semantan boleh disalurkan ke Sungai Langat dengan menggunakan fasiliti Penyaluran Air Pahang Selangor yang telah siap sepenuhnya seperti muka sauk, terowong dan rumah pam di Semantan sementara menunggu siapnya Projek Langat 2. Kerajaan Negeri telah menulis kepada Kerajaan Negeri Pahang untuk mendapatkan persetujuan

     

     

    • Dengan persetujuan dari Kementerian Tenaga Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA), Kerajaan Negeri akan mendapatkan bekalan air bersih dari Negeri Sembilan sebanyak 65JLH. Kerja-kerja pemasangan paip dari Negeri Sembilan ke Negeri Selangor akan dilaksanakan oleh JBA, Malaysia.

     

    • Pengaktifan kerja-kerja pengepaman kolam-kolam takungan di Bestari Jaya dan Kolam HORAS bagi mengawal pelepasan Empangan Sungai Selangor dan Empangan Sungai Tinggi;

     

    • Kerajaan Negeri Selangor sedang meneliti pembinaan loji-loji baru secara fast track untuk digunakan bagi menampung permintaan pengguna menjelang tahun 2017 dengn anggaran kapasiti sebanyak 350

     

    • Kerajaan Negeri melaksanakan kempen-kempen kesedaran dimulai dengan semua agensi Kerajaan dalam usaha untuk menggunakan air secara jimat dan berhemah dalam usaha untuk menurunkan sekurang-kurangnya 20% penggunaan domestik yang dianggarkan sebanyak 250 liter/orang/hari. Dengan penjimatan ini, dianggarkan sebanyak 880JLH air dapat disimpan menjelang tahun

     

    Pada ketika ini juga Kerajaan Negeri Selangor telah bersetuju untuk meneruskan pelaksanaan Projek Langat 2 yang dijangka akan siap pada tahun 2019. Dengan siapnya Projek Langat 2 ini, sebanyak 1,130 JLH boleh ditambah ke dalam sistem agihan air kepada penguna.

     

    Setelah pengambilalihan operasi SYABAS oleh Air Selangor, Kerajaan Negeri melalui Air Selangor akan melaksanakan penilaian semula ke atas operasi pengagihan dan loji rawatan air sedia ada bagi memastikan operasi pengagihan dan rawatan air di Negeri Selangor adalah mencapai tahap keberkesanan yang unggul. Kerajaan Negeri mensasarkan penurunan NRW pada kadar 2% setiap tahun dan dalam tempoh 5 tahun kadar NRW dapat diturunkan ke tahap minimum 25% di mana jumlah air yang dapat disimpan dianggarkan sebanyak 1,156 JLH.

     

    Dalam memastikan pengurusan sumber bekalan air di Negeri Selangor sentiasa mencukupi, sasaran utama Kerajaan Negeri adalah ke atas perkara- perkara seperti berikut:

     

    • Kebolehdapatan sumber air mentah yang mencukupi selepas tahun 2024 baik dari segi kuantiti dan juga kualiti;

     

    • Bekalan air bersih yang mencukupi dengan rezab minima sebanyak 15%;

     

    • Penurunan kadar Non Revenue Water (NRW) sekurang-kurangnya pada kadar 25% pada tahun 2020 yang perlu dilaksanakan dengan serius oleh Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor). Sasaran ini adalah bertepatan dengan perancangan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) yang mana tahap NRW kebangsaan berada pada tahap 25% menjelang tahun 2020; dan

     

    • Pemantauan yang berterusan berhubung kualiti sumber air mentah supaya menepati piawaian yang telah ditetapkan oleh agensi-agensi yang

     

    Pada ketika ini, Negeri Selangor mempunyai 34 Loji Rawatan Air yang berupaya dioptimumkan pengeluarannya maksimumnya hingga mencapai 5252 JLH, jumlah yang boleh diagihkan oleh SYABAS kepada pengguna adalah sebanyak 4,686 JLH sahaja. Kekangan utama di dalam mengagihkan air terawat kepada pengguna adalah disebabkan ketidakcukupan sistem agihan di bawah kendalian SYABAS. Justeru itu, Projek Mitigasi 2 sedang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Selangor untuk menambah baik sistem agihan sedia ada dalam usaha untuk mengagihkan kapasiti pengeluaran oleh Loji Rawatan Air kepada pengguna. Projek Mitigasi 2 ini dijadualkan siap sepenuhnya pada Disember tahun 2015. Dengan siapnya projek Mitigasi 2  ini, sejumlah 300 JLH air terawat dari Loji Rawatan Air sedia ada dapat dimasukkan ke dalam sistem agihan kepada pengguna.

     

    Kadar pertumbuhan penduduk dan pembangunan berdasarkan penggunaan air ialah purata 3.5% setahun. Jumlah bekalan air sedia ada berdasarkan kepada keupayaan dioptimumkan pengeluarannya maksimum hingga mencapai 5252 JLH. Dengan mengambil kira projek pembangunan bekalan air yang sedang dirancang termasuk Projek Langat 2 (Fasa 1), menjelang tahun 2020, diunjurkan bekalan air terawat adalah sebanyak 6,792 JLH.

     

    Dalam usaha untuk mengenal pasti dengan teliti perancangan yang boleh dibuat bagi menjamin kecukupan bekalan air kepada pengguna, Kerajaan Negeri Selangor telah melantik perunding untuk membuat kajian terperinci mengenai “Water Resources, Supply, Demand And Distribution Study For Selangor” untuk dijadikan sebagai Master plan atau Blueprint bekalan air. Melalui kajian ini kelak, Kerajaan Negeri boleh mengenal pasti sumber-sumber baru untuk kegunaan masa hadapan. Melalui kajian ini juga, Kerajaan Negeri akan dapat mengenalpasti semua sistem agihan yang sedia ada dan boleh merealisasikan matlamat untuk mengujudkan sistem agihan inter connection di mana melalui inter connection ini, sekiranya berlaku henti tugas mana-mana loji, maka ia tidak menjejaskan pembekalan kepada pengguna sebaliknya pembekalan kepada loji yang henti tugas tadi boleh ditampung oleh loji rawatan air yang lain dan Kerajaan Negeri boleh menyediakan masterplan bekalan air untuk tempoh 50 tahun akan datang.

Lampiran

Tiada Lampiran.