Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014

128) MUZIUM PERMAINAN TRADISIONAL RAKYAT DI BUKIT MALAWATI

Tahun: 2014

Sesi: 3

Isu: Adat Istiadat & Warisan

Adun: Y.B. Tuan Jakiran Bin Jacomah

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan langkah-langkah yang telah diambil untuk membaiki semula muzium tersebut?

    Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor (PADAT) telah menyediakan peruntukan untuk membaiki muzium tersebut dan telah melantik JKR Kuala Selangor melaksanakannya. Pihak JKR telah melantik kontraktor untuk membaiki semula muzium tersebut. Surat Setuju Terima untuk membaikpulih bangunan telah dikeluarkan pada 24 Oktober 2014 kepada syarikat berjaya. Kerja- kerja elektrik akan dimulakan sebaik sahaja kerja baikpulih bangunan selesai.

Lampiran

Tiada Lampiran.