Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

09 November hingga 13 November 2009 dan 16 November hingga 17 November 2009

103) NAHAS JALAN RAYA DI MUSIM PERAYAAN

Tahun: 2009

Sesi: 3

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Badrul Hisham Bin Abdullah

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Setiap kali musim perayaan, banyak kejadian nahas jalan raya yang berlaku walaupun terdapat banyak kempen dan OPS yang dijalankan oleh pihak yang terlibat. Apakah kempen keselamatan atau langkah penguatkuasaan yang diambil oleh Kerajaan Negeri bagi mengatasi masalah ini?

    Setiap tahun semasa musim perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri dan Tahun Baru Cina,
    Kerajaan Negeri akan melaksanakan kempen keselamatan jalan raya bagi memberi
    kesedaran kepada pengguna jalan raya berhubung pentingnya mengutamakan aspek
    keselamatan jalan raya semasa memandu di musim perayaan. Antara bentuk kempen
    yang dilaksanakan adalah seperti ceramah keselamatan jalan raya, pameran, kempen
    khidmat nasihat serta mengedarkan risalah-risalah keselamatan jalan raya di plazaplaza tol sekitar negeri Selangor. Kempen ini dilaksanakan di peringkat negeri dan juga
    peringkat daerah.
    Bagi aspek penguatkuasaan, pihak Polis dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan
    melaksanakan Ops Sikap setiap kali musim perayaan. Ops Sikap ini diadakan selama
    empat belas (14) hari iaitu tujuh (7) hari sebelum dan tujuh (7) hari selepas sesuatu
    perayaan tersebut. Tujuan Ops Sikap adalah bagi mewujudkan persekitaran selamat
    kepada pengguna jalan raya semasa musim perayaan.

Lampiran

Tiada Lampiran.