Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014

112) NAIK TARAF BUKIT BROGA SEBAGAI TEMPAT PELANCONGAN

Tahun: 2014

Sesi: 3

Isu: Pelancongan

Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah pihak Kerajaan Negeri bercadang untuk menaiktaraf Bukit Broga sebagai sebuah tempat pelancongan di Selangor?

    Kerajaan Negeri dari masa ke semasa sentiasa merancang dan mengambil inisiatif untuk menaik taraf kawasan-kawasan yang sesuai sebagai tempat pelancongan di Negeri Selangor. Dalam konteks Bukit Broga, Kerajaan Negeri melalui Tourism Selangor telah mempromosikan kawasan ini sebagai sebuah tempat pelancongan di dalam laman web rasmi, media-media sosial dan pelbagai saluran media lain. Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) pula telah menjadikan kawasan ini sebagai produk pelancongan Hulu Langat dan turut dimasukkan di dalam laman web rasmi MPKj. Selain itu, Kerajaan Negeri melalui MPKj juga bercadang untuk menaik taraf kemudahan makluman dengan memasang papan tanda arah dan papan makluman yang berkaitan di Bukit Broga pada masa akan datang.

Lampiran

Tiada Lampiran.