Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

08 Julai hingga 10 Julai 2009 dan 13 Julai hingga 15 Julai 2009

154) NAIK TARAF JALAN UTAMA KELUAR-MASUK KAMPUNG BARU BATU 11 CHERAS DAN TAMAN MURNI BATU 10 CHERAS

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Yap Lum Chin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah peruntukan disediakan untuk menaik-taraf jalan utama keluar-masuk Kampung Baru Batu 11 Cheras yang dialami kesesakan jalan sejak beberapa tahun yang lalu?

    Pihak Majlis Perbandaran Kajang mempunyai cadangan untuk menaik taraf jalan utama keluar-masuk Kg. Baru 11, Cheras bagi mengatasi masalah kesesakan jalan yang telah dialami sejak 10 tahun yang lalu. Pihak Majlis sedang menyediakan pelan ukur untuk menentukan rizab sebenar jalan tersebut bagi menaik taraf jalan keluar-masuk di jalan tersebut.

Lampiran

Tiada Lampiran.