Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

28 Jun 2013, 01 Julai - 05 Julai 2013 dan 08 Julai 2013

174) NAIK TARAF KAMPUNG LOMBONG KLANG

Tahun: 2013

Sesi: 2

Isu: Pembangunan Kampung

Adun: Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Shafiei

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan status terkini permohonan naik taraf Kampung Lombong dalam Daerah Klang.

    Cadangan penubuhan JKKK Kampung Lombong telah diusahakan oleh Jawatankuasa  Penyelaras Kemajuan Kampung (JPKK) sejak Tahun 1990. Sehubungan dengan itu, Pihak Pentadbiran Pejabat Daerah dan Tanah Klang telah mengemukakan kertas cadangan penubuhan JKKK Kampung Lombong kepada Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (PSM) Negeri Selangor pada 10 Ogos 2011 yang lepas untuk perhatian pihak Kerajaan Negeri bagi mempertimbangkan permohonan berkenaan selari dengan maksud menaiktaraf Kampung Lombong sebagai Kampung Tradisi yang baharu dalam Daerah Klang.

    Untuk makluman, Pihak Pejabat Daerah dan Tanah Klang tiada halangan dan menyokong penuh  permohonan tersebut kerana pemecahan sempadan Kampung Lombong dengan Jalan Kebun akan memudahkan lagi urusan pentadbiran Pejabat Daerah dan Tanah Klang  serta JKKK Kampung Jalan Kebun

Lampiran

Tiada Lampiran.