Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

23 – 30 November 2018 dan 3 – 5 Disember 2018

34) NAIK TARAF MAJLIS DAERAH

Tahun: 2018

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan kriteria-kriteria yang ditetapkan untuk Majlis Daerah dinaik taraf ke status Majlis Perbandaran.

    Tujuh (7) kriteria asas yang perlu dipatuhi sepertimana yang ditetapkan oleh KPKT di dalam Pekeliling Ketua Setiausaha, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Bilangan 4 Tahun 2008, bertarikh 1 Julai 2008 adalah seperti berikut:

    1. Merupakan bandar utama atau pusat pentadbiran sesebuah negeri ataupun daerah.
    2. Mempunyai penduduk tidak kurang daripada 150,000 orang.
    3. Mempunyai pendapatan dari sumber kewangan yang mapan (sustainable) dengan hasil tahunan tidak kurang dari RM20 juta dan berupaya menyediakan perkhidmatan-perkhidmatan pada tahap yang wajar dan selesa sesuai dengan tahap kualiti hidup sebuah perbandaran.
    4. Mempunyai kegiatan perindustrian, perniagaan, pelancongan dan perumahan utama sedia ada ataupun dalam perancangan yang dikenal pasti berpotensi memberi sumbangan kepada pertambahan pegangan yang boleh dikenakan cukai serta penjanaan peluang-peluang pekerjaan dalam pelbagai sektor.
    5. Keupayaan menyediakan ruang dan peluang kepada para peniaga di samping menggalakkan pertumbuhan aktiviti pelaburan, perniagaan dan komersial.
    6. Mempunyai kemudahan infrastruktur yang memuaskan serta dihubungkan dengan sistem lebuh raya yang cekap. Mempunyai konsep perancangan bandar yang mapan (sustainable) yang berupaya menyediakan persekitaran yang selamat dan selesa untuk didiami. Indikator bandar mapan seperti yang ditekankan dalam Sistem Malaysia Urban Indicator Network (MURNInet) juga akan diambil kira.
    7. Mempunyai program yang boleh menggalakkan penduduk setempat untuk membangunkan komuniti masing-masing melalui tadbir urus bandar yang cekap seperti pelaksanaan Program Local Agenda 21 (LA 21) ataupun penglibatan jawatankuasa penduduk.

Lampiran

Tiada Lampiran.