Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

3 September 2018 hingga 7 September 2018

200) NAIK TARAF MDKL KE MAJLIS PERBANDARAN

Tahun: 2018

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Majlis Daerah Kuala Langat telah lama memenuhi syarat naik taraf kepada Majlis Perbandaran. Berapa banyak kali kertas permohonan untuk tujuan ini telah dibawa ke MMKN dan apakah keputusan terkini permohonan ini?

    Untuk makluman, permohonan pertama Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) untuk di naiktaraf kepada Majlis Perbandaran adalah pada tahun 2005. Walau bagaimanapun permohonan tersebut telah ditolak dalam Mesyuarat EXCO MTES kerana mesyuarat berpandangan Daerah Kuala Langat masih belum bersedia untuk di naiktaraf kepada perbandaran.

    Majlis Daerah Kuala Langat akan membentangkan semula cadangan menaiktaraf MDKL kepada Majlis Perbandaran pada Mesyuarat Penuh Majlis kali ke 7/2018 dalam tahun ini juga. Sekiranya diluluskan, permohonan akan diangkat semula bagi pertimbangan Kerajaan Negeri.

Lampiran

Tiada Lampiran.