Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

18 Mac 2019 - 25 Mac 2019

115) NAIK TARAF MDKL KE MAJLIS PERBANDARAN

Tahun: 2019

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah perkembangan terkini usaha dan permohonan untuk menaik taraf Majlis Daerah Kuala Langat kepada Majlis Perbandaran Kuala Langat?

    Permohonan Majlis Daerah Kuala Langat untuk menaik taraf dari Majlis Daerah kepada Majlis Perbandaran telah disemak oleh Seksyen Pihak Berkuasa Tempatan (SPBT), UPEN serta ulasan-ulasan Jabatan berkaitan seperti Perbendaharaan Negeri Selangor dan Bahagian Pengurusan Sumber Manusia telah pun diperolehi. Saya menjangkakan kertas cadangan tersebut akan diangkat untuk pertimbangan dan kelulusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) selewat-lewatnya April 2019 sebelum dikemukakan kepada Kerajaan Persekutuan untuk dibentangkan di dalam Mesyuarat Jemaah Menteri .

Lampiran

Tiada Lampiran.