Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

30 Oktober 2020 - 12 November 2020

127) Naiktaraf Balai Bomba Dan Polis

Tahun: 2020

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Adhif Syan Bin Abdullah

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Balai Bomba & Polis di kawasan mukim Dengkil masih belum mencukupi dan banyak diantaranya dalam keadaan lusuh. Apakah kerajaan negeri mempunyai pelan bagi membantu (bersama persekutuan) menaiktaraf balai-balai ini agar lebih selesa untuk kegunaan anggota serta orang ramai?

    Kerajaan Negeri menerima banyak permohonan baikpulih dan menaiktaraf pelbagai jenis infrastruktur setiap tahun. Permohonan – permohonan ini meliputi baikpulih bangunan pejabat kerajaan, bangunan komersil milik kerajaan, kuarters kakitangan dan kemudahan – kemudahan awam. Fasiliti untuk tujuan kegunaan orang awam perlu diutamakan lebih – lebih lagi kemudahan infrastruktur asas seperti jalan raya dan sistem perparitan menjadi agenda utama untuk dibaikpulih setiap tahun.

    Oleh kerana perkhidmatan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia(JBPM) dan Polis Diraja Malaysia(PDRM) terletak dibawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan (JBPM di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan PDRM dibawah Kementerian Dalam Negeri), maka peruntukan bagi menyelenggara atau menaiktaraf balai bomba dan balai polis ini adalah di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan. Walaubagaimanapun, Kerajaan Negeri sentiasa prihatin terhadap keselesaan dan kebajikan anggota perkhidmatan bomba dan polis yang sentiasa bersedia memberikan khidmat kepada rakyat. Oleh itu, Kerajaan Negeri akan mengangkat permohonan kepada Kerajaan Persekutuan agar balai bomba dan polis ini diberi keutamaan sekiranya terdapat permintaan daripada JBPM dan PDRM.

Lampiran

Tiada Lampiran.