Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

18 Mac 2019 - 25 Mac 2019

71) NAIKTARAF INFRASTRUKTUR JALAN

Tahun: 2019

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Harumaini Bin Haji Omar

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk menaiktaraf persimpangan Perodua ke Sungai Choh ( jalan kecil ) dan juga kesasakan (waktu puncak dan cuti umum) berlaku persimpangan lampu isyarat di Batang Kali(projek jambatan baru dalam pembinaan) kepada cadangan dua lorong sangat diperlukan.

    Persimpangan Perodua ke Sungai Choh merupakan laluan Persekutuan, FT3208. Permohonan menaiktaraf Jalan Sg. Choh ke Bukit Beruntung pernah diangkat bagi permohonan Rolling Pelan 3 (RP3), namun tidak diluluskan. Bagi isu kesesakan jalan yang berlaku di persimpangan lampu isyarat di Batang Kali, Mengganti Dan Melebarkan Jambatan Di Atas Sungai Batang Kali (FT001) yang dijangka siap pada 29 April 2020.

Lampiran

Tiada Lampiran.