Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

16 Mac 2020 - 17 Mac 2020

292) NAIKTARAF JALAN B27

Tahun: 2020

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan perkembangan dan rancangan Projek Naiktaraf sepanjang Jalan B27.

    Terdapat 3 cadangan projek di sepanjang Jalan Negeri B27 seperti berikut :

     

    1. Menyiapkan Baki Kerja-Kerja Menaiktaraf Jalan B27, Jalan Rawang – Batang Berjuntai (Fasa 2) sepanjang 1.2 km (Tender Semula)

     

    –  Kontrak asal telah ditamatkan pada 24 September 2019 atas kegagalan pihak kontraktor melaksanakan kerja mengikut kontrak (statuts kerja di tapak mencapai 80 %). Untuk tindakan jangka masa pendek, pihak Jabatan telah melantik kontraktor sementara bagi melaksanakan kerja penyelenggaraan dan pengurusan trafik di tapak.

     

    –  Pada masa yang sama, pihak Jabatan telah mengeluarkan iklan Pra-Kelayakan pada 16 Disember 2019 dan telah ditutup pada 6 Januari 2020. Kerja-kerja ukur sedang dilaksanakan di tapak dan dalam proses penyediaan Dokumen Tender.

     

    –  Jangkaan Tarikh milik tapak adalah pada Mei 2020.

     

    1. Menaiktaraf Jalan Missing Link sepanjang 1.4 km

     

    –  Berdasarkan Mesyuarat Retreat Stanco Infrastruktur dan kemudahan Awam Negeri Selangor pada 22 dan 23 November 2019 telah memutuskan supaya pihak JKR Selangor melaksanakan kerja awalan pada tahun 2020 dan kerja fizikal pada 2021 RMKe-12.

     

    –  Pihak JKR Selangor telah menghantar permohonan kepada pihak UPEN pada 18 Februari 2020 dan mendapat kelulusan bagi melaksanakan kerja awalan pada 24 Februari 2020.

     

    –  Pihak JKR Selangor dalam tindakan melantik perunding Jurukur Tanah di jajaran terlibat.

    iii. Membina Jambatan di Atas Lebuhraya Utara-Selatan

     

    –           Projek in di dalam peringkat pembinaan dimana Tarikh milik tapak pada 14 Februari 2018 dijangka siap pada Disember 2021. Skop projek bermula daripada susur keluar Tol Rawang sehingga ke persimpangan Aeon Rawang. Kemajuan fizikal projek sehingga kini adalah 50%.

Lampiran

Tiada Lampiran.