Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

18 Mac 2019 - 25 Mac 2019

66) NAIKTARAF JALAN PLB

Tahun: 2019

Sesi: 1

Isu: Pembangunan Luar Bandar

Adun: Y.B. Tuan Mohd Zawawi Bin Ahmad Mughni

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah langkah-langkah kerajaan dalam usaha menaiktaraf jalan-jalan PLB terutama jalan-jalan kampung?

    Selaras dengan hasrat Kerajaan Negeri dalam menjamin kepentingan pembangunan luar bandar, sebanyak RM3 juta telah diluluskan pada tahun 2019 bagi pembangunan infrastruktur dan kemudahan awam/ asas luar bandar melibatkan naiktaraf/ baikpulih jalan luar bandar, longkang, dewan serbaguna, balairaya dan lain-lain. Bagi memastikan pembangunan luar bandar ini dilaksanakan secara dinamik dan mampan, Kerajaan Negeri komited supaya peruntukan bagi pembangunan luar bandar ini diteruskan setiap tahun dan kerja-kerja bagi naiktaraf dan baik pulih dilaksanakan secara berperingkat supaya kemudahan awam/asas di luar bandar ini berada di dalam keadaan yang baik.
    Kerajaan Negeri sentiasa mengambil maklum akan aduan yang diterima dari setiap Pejabat Daerah/Tanah yang merupakan agensi penghubung antara Kerajaan Negeri dan juga penduduk. Ini adalah untuk memastikan permohonan bagi pelaksanaan pembangunan luar bandar dilaksanakan dengan tersusun.

Lampiran

Tiada Lampiran.