Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

01 November 2019 hingga 13 November 2019

199) NAJIS DADAH

Tahun: 2019

Sesi: 3

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Zakaria Bin Hanafi

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan statistik terkini tangkapan melibatkan najis dadah di Semenyih.

    Statistik Penahanan Penagih Melalui Operasi Cegah dan Operasi Bersepadu di kawasan Semenyih bagi tempoh Januari hingga Oktober

     

    BIL TAHUN JUMLAH TANGKAPAN
    1 2018 169 orang
    2 2019 110 orang

    Agensi Antidadah Kebangsaan juga melaksanakan Program Perangi Dadah Habis-habisan yang memfokuskan kawasan berisiko tinggi termasuk Semenyih. Antara aktiviti yang telah dijalankan sepanjang tahun 2019 di Semenyih adalah lima belas siri operasi mengesan dan menahan orang yang disyaki penagih dadah di kawasan port yang dikenal pasti untuk menjalani rawatan dan pemulihan. Tiga belas kali Program Community Empowerment iaitu memberi pengetahuan dan kefahaman mengenai bahaya dadah dan menyedarkan ahli ahli komuniti mengenai peranan dan tanggungjawab dalam usaha memerangi dadah. Tiga puluh dua kali Program Omnipresence yang menyampaikan mesej antidadah secara walkabout, walking message dan bicara santai di samping rondaan.

Lampiran

Tiada Lampiran.