Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

08 Julai hingga 10 Julai 2009 dan 13 Julai hingga 15 Julai 2009

188) NAMA-NAMA TAMAN / JALAN

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Manoharan A/l Malayalam

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Mengapakah Kerajaan Negeri Selangor menukar nama-nama taman berikut :- i) Southern Park Kepada Taman Selatan; dan ii) Taman Melawis kepada Taman Kampung Attap. Bilakah ianya akan ditukar ke nama asal?

    i) Southern Park ditukar kepada Taman Selatan sejak tahun 1980 an berikutan arahan penggunaan bahasa kebangsaan.

    ii) Taman Melawis masih ada. Kampung Attap adalah nama lama dan digunakan untuk kawasan yang lebih luas. (seksyen)

    JAWAPAN DARIPADA UPBT

     

    Nama Taman Southern Park telah ditukar kepada nama Taman Selatan sejak tahun 1980an berikutan penguatkuasaan arahan penggunaan bahasa kebangsaan di setiap negeri oleh kerajaan pada masa itu manakala Taman Melawis dan Kampung Attap adalah dua kawasan perumahan yang sama yang terletak di dalam daerah Klang di mana Kampung Attap adalah nama lama dan digunakan untuk kawasan yang lebih luas manakala Taman Melawis adalah sebahagian daripada Kampung Attap. Buat masa ini Kerajaan Negeri belum bercadang untuk menukar kepada nama asal.

Lampiran

Tiada Lampiran.