Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

12 Julai 2010 hingga 15 Julai 2010

110) NEGERI BERKEBAJIKAN

Tahun: 2010

Sesi: 2

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. ÒNegeri BerkebajikanÓ adalah konsep penting dalam pentadbiran kerajaan negeri Pakatan Rakyat. Adakah kerajaan negeri melalui kajian tentang tahap keberkesanan dan penerimaan rakyat terhadap konsep ini?

    Kerajaan Negeri dengan penuh keazaman untuk meletakkan agenda membela
    rakyat telah memperkenalkan satu konsep di dalam pembangunan Negeri Selangor
    iaitu konsep “Negeri Berkebajikan”. Matlamat utama konsep ini diperkenalkan adalah
    untuk menghapuskan kesengsaraan rakyat dan memperbaiki kelemahan dalam
    mentadbir hasil mahsul negeri. Akibat daripada kemerosotan ekonomi, rakyat
    terpaksa menanggung kean negatif seperti kenaikan harga barang, minyak dan lainlain. Oleh itu, Pakatan Rakyat telah berazam untuk memperluaskan lagi usaha
    membelanjakan wang negeri untuk kepentingan rakyat. “Negeri Berkebajikan” ini
    adalah manifestasi serta pelaksanaan konsep “kepedulian” kepada rakyat yang
    dilaungkan kepada Kerajaan Pakatan Rakyat.
    Konsep “Negeri Berkebajikan” menekankan bahawa sumber-sumber dan aset-aset
    negeri tidak akan disalahgunakan tetapi ia kan dimaksimumkan untuk manfaat
    rakyat. Berteraskan kepada konsep ini, Kerajaan Negeri mewujudkan Agenda
    Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) bagi memastikan kebajikan rakyat terus
    terjamin. Ini bersesuaian dengan prinsip MES iaitu kepercayaan bahawa sumbersumber negeri adalah kepunyaan rakyat. Oleh itu, kita memulangkan kekayaan
    negeri kepada mereka yang merupakan pemilik ekonomi yang sebenarnya. Agenda
    MES ini telah berjaya memberikan impak yang positif dan juga memudahkan beban
    yang ditanggung oleh rakyat Negeri Selangor melalui program-program seperti
    berikut :
    i. Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS)
    ii. Skim Mesra Usia Emas
    iii. Hadiah Anak Masuk Universiti
    iv. Bekalan Air Percuma Bagi 20 Meter Padu
    v. Tabung Pendidikan Anak Pekerja Ladang
    vi. Pusat Khidmat Krisis Sehenti (OSCC)
    vii. Peningkatan Hasil Daripada Bahan Batuan dan Mineral

Lampiran

Tiada Lampiran.