Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

28 Jun 2013, 01 Julai - 05 Julai 2013 dan 08 Julai 2013

64) NEGERI BERKEBAJIKAN

Tahun: 2013

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Bagaimanakah dasar ini di aplikasi dalam pentadbiran Selangor?

    Negeri berkebajikan mengikut takrif kamus Dewan Bahasa dan Pustaka ialah Negeri yang mengutamakan kebajikan dan kesejahteraan hidup rakyatnya dengan memberikan berbagai-bagai perlindungan sosial.
    Sejak tahun 2008 hingga bulan Ogos 2013, Dasar Merakyatkan Ekonomi
    Selangor telah membelanjakan peruntukan sebanyak Ringgit Malaysia Satu
    Bilion. Melalui dasar ini kerajaan negeri telah berjaya melaksanakan Dua Puluh (20) program dan projek yang merangkumi penambahbaikan pentadbiran Kerajaan Negeri, program penyediaan jaringan sosial dan memelihara kebajikan rakyat, program menyediakan bantuan kesihatan, program sokongan ekonomi dan program pengutamaan keselamatan kepada rakyat.
    Kerajaan Selangor telah menaikkan tahap Paras Garis Kemiskinan (PGK) kepada RM 1500 dengan mengambil kira bebanan kos sara hidup rakyat yang semakin meningkat. Langkah ini jelas rasional kerana setiap keluarga yang mempunyai tanggungan sekurang-kurangnya seorang (ibu,ayah dan seorang anak) memerlukan RM 50/hari bagi menampung perbelanjaan pada masa kini. Justeru dengan menaikkan tahap Paras Garis Kemiskinan ini, segala bentuk program yang dilaksanakan akan ditumpukan bagi menaikkan tahap pendapatan Rakyat Selangor lebih daripada RM 1500.
    Selain itu, Kerajaan Selangor juga memperkenalkan Dasar dari “Welfare kepada Workfare”. Dasar ini dirangka bagi membantu Rakyat Selangor untuk keluar daripada kemiskinan melalui program-program dan bantuan-bantuan yang disediakan Kerajaan Negeri Selangor. Kerajaan Negeri Selangor ini mengubah kehidupan Rakyat daripada kebergantungan kepada bantuan wang ringgit
    (Welfare) kepada memberikan peluang untuk Rakyat Selangor mengubah taraf
    hidup mereka. Ini bertetapan dengan Firman Allah yang bermaksud Allah tidak mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri.
    Walau bagaimanapun, pemberian bantuan wang ringgit (Welfare) tetap diteruskan kepada individu-individu yang tergolong dalam golongan: i. Sakit yang tidak mampu untuk bekerja ii. Fakir miskin yang tidak mempunyai apa-apa.

Lampiran

Tiada Lampiran.