Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

10 Mac hingga 13 Mac 2009 dan 16 Mac hingga 17 Mac 2009

124) NEGERI KEBAJIKAN

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Yap Ee Wah

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Kebajikan jenis apa telah dilakukan oleh kerajaan terhadap rakyat Selangor?

    1. Setelah setahun Pakatan Rakyat mengambil alih pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor, kini pelbagai usaha dilaksanakan untuk menjadikan Negeri Selangor sebagai Negeri Berkebajikan. Pelbagai program di bawah agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES). Sebahagian agenda tersebut telah pun di laksana dan selebihnya akan dilaksanakan mengikut beberapa Fasa yang telah ditentukan pelaksanaannya.

     

    Di antara  program-program kebajikan yang telah dilaksanakan adalah seperti berikut :-

     

    Fasa 1 :

     

    1. Bekalan Air Domestik Percuma 20m3 Kepada Rakyat Selangor

     

    1. Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS)

    – bagi anak-anak yang lahir bermula dari 1 Januari 2008 dan seterusnya mengikut kriteria yang ditetapkan, maka anak tersebut akan menikmati skim pelaburan dari Kerajaan Negeri sebanyak RM100

     

    iii)         Hadiah Anak Masuk Universiti

    – Diberikan kepada anak-anak yang akan memulakan sesi pengajian diploma atau ijazah di universiti sebanyak RM1,500 di mana pendapatan ibu bapanya kurang daripada RM1,500 sebulan

     

    1. iv)  Mesra Usia Emas
      • Sumbangan khairat kematian sebanyak RM2,500 kepada warga emas yang berusia 60 tahun ke atas adalah sebagai sumbangan pengiktirafan warga emas dalam pembangunan ekonomi dan sumbangan mereka kepada Negeri Selangor.
      • diuruskan di bawah Rantaian Mesra Sdn Bhd (RMSB)

     

    1. v) Tabung Pendidikan Anak Pekerja Ladang

    – memberi peluang anak-anak pekerja ladang, tanpa mengira kaum untuk meningkatkan taraf        pendidikan di sekolah melalui

     

    pembinaan asrama di ladang-ladang terpilih dan lain-lain akses kemudahan teknikal

     

    1. vi)      Pusat Khidmat Krisis Sehenti(OSCC)

    – Sebagai pusat perlindungan sementara kepada wanita atau kanak-kanak individu yang teraniaya, yang ditempatkan di hospital-hospital kerajaan  terpilih di Negeri Selangor.

     

    Usaha-usaha dalam menjadikan Negeri Selangor sebagai negeri berkebajikan akan diteruskan dengan pelaksanaan fasa-fasa seterusnya dari semasa ke semasa. Antara lain kebajikan program-program MES yang akan dinikmati oleh rakyat di Selangor adalah seperti berikut :-

    Fasa II  yang bermula pada Januari 2009 :

    1. Cuti 90 hari kepada wanita yang melahirkan anak;
    2. Cuti 14 hari kepada suami yang isterinya bersalin;
    3. Cuti sebulan kepada wanita yang kematian suami;
    4. Bantuan kepada peniaga muda;
    5. Bimbingan perniagaan kepada belia;
    6. Latihan keusahawanan di seluruh Negeri Selangor.

Lampiran

Tiada Lampiran.