Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

21 Mei hingga 22 Mei 2008, 24 Mei dan 26 Mei 2008

69) NELAYAN

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Tuan Ir. Muthiah A/l Maria Pillay

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Mata pencarian para nelayan di Assam Jawa, DUN Melawati telah terjejas disebabkan oleh penutupanjalan keluar ke laut melalui dua anak sungai di sini. Perkara ini juga telah mengakibatkan banjir di kawasan sekelilingnya. Kedua-dua jalan keluar ke laut melalui anak sungai yang berkenaan telah ditutup oleh Kerajaan Negeri Selangor dan hak milik tanah berkenaan ini telah diberikan kepada seorang pengusaha temakan udang. Persoalannya di sini adalah Kepada siapakah hak milik tanah ini diberikan dan siapakah pentemak udang ini?

    Soalan yang diajukan oleh YB adalah merujuk kepada 2 saliran sungai iaitu :-

    (i) Sungai Banjar
    (ii) Sungai Assam Jawa

    Tanah yang diberi milik melibatkan Sungai Banjar ialah PT 4173 Mukim Api-Api, Daerah Kuala Selangor dan tanah yang melibatkan SungaiAssam Jawa ialah PT 3884 Mukim Api-Api, Daerah Kuala Selangor. Exco MTES ke 31/2000 bertarikh 5 Disember 2000 telah meluluskan pemberi milikan tersebut.

    Maklumat tanah yang telah diluluskan pemberimilikan ini adalah seperti berikut :-

    1. NO.PT : PT 4173
      No. Hak milik : HS (D)
      Luas : 40,469 Hektar (100 Ekar)
      Tempoh Pajakan : 30 Tahun
      Jenis Kegunaan tanah : Pertanian
      Syarat Nyata : Ternakan (Ternakan Air)
      Tuan Tanah : Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS)
      Pengusaha : Syarikat JW Properties Sdn. Bhd.
    2. No. PT : PT 3884
      No. Hak milik : HS (D) 5400
      Luas : 40, 469 Hektar (100 Ekar)
      Tempoh Pajakan : 30 Tahun
      Jenis Kegunaan Tanah : Pertanian
      Syarat Nyata : Ternakan (Ternakan Air)
      Tuan Tanah : Vision Pines Sdn. Bhd.
      Pengusaha : Vision Pines Sdn. Bhd.

Lampiran

Tiada Lampiran.