Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017

221) NELAYAN DARAT

Tahun: 2017

Sesi: 1

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan jumlah nelayan darat yang telah berdaftar dari 2014-2016

    Untuk makluman, Jabatan Perikanan Negeri Selangor telah mula mendaftar nelayan darat bermula tahun 2014. Pada tahun 2016 jumlah nelayan darat berdaftar adalah seramai 96 orang. Berikut adalah pecahan nelayan darat mengikut daerah di Negeri Selangor :

    Bil. Daerah Bilangan Nelayan Darat yang berdaftar (Orang)
    1. Sabak Bernam 51
    2. Kuala Selangor 26
    3. Hulu Selangor 19
    JUMLAH 96

Lampiran

Tiada Lampiran.